RAWATAN GANODERMA/KULAT SAWIT EMBIO® actinoPLUS
[Special Package] Beli 5 PERCUMA 1 dan Shipping PERCUMA ke Seluruh Malaysia
PRODUCT DESCRIPTION
EMBIO® actinoPLUS adalah produk berasaskan mikrob yang telah diformulasi dan mengandungi Streptomyces GanoSA1, Vermiculite dan Biocharcoal. Produk ini dihasilkan melalui kerjasama teknikal antara MPOB dan PASCAL BIOTECH SDN BHD. Proses pengeluaran berskala besar telah dibuat dan dipatenkan (PI 2013700313).
"Streptomyces GanoSA1 telah terbukti secara saintifik boleh mengawal penyakit Ganoderma dalam pokok sawit."
(Shariffah Muzaimah et. al, 2011 MPOB TT No. 506).
Streptomyces GanoSA1 adalah mikrob tanah yang hidup dalam rizosfera (hidup di dalam tanah dan permukaan akar sawit). Streptomyces GanoSA1 bertindak sebagai perisai daripada Ganoderma dengan mengeluarkan metabolit yang mempunyai sifat anti-kulat.
EMBIO® actinoPLUS telah menjalani beberapa siri ujian dan didapati berjaya mengawal penyakit Ganoderma pada tanaman kelapa sawit. Diantara Ujian yang di buat adalah:
✅ Ujian di Makmal > Kulat Ganoderma mati dalam masa 7 hari di dalam incubator
✅ Ujian di Tapak Semaian > Streptomyces GanoSA terbukti boleh mengawal tumbesaran G.boninense (Kulat Ganoderma) in-vitro, dan secara efektif mengurangkan serangan Ganodermo dalam pokok sawit.
✅ Ujian di Tapak Semaian > Percubaan dilakukan pada tahun 2011 di Stesen Penyelidikan, MPOB Teluk Intan. Penilaian penyakit dilakukan selang 3 bulan sekali. Selepas 3 tahun, anak benih yang ditanam bersama rawatan EMBIO® actinoPLUS tidak dijangkiti kulat Ganoderma walaupun ditanam 1 kaki dari pokok yang terdapat jangkitan Ganoderma.
Rawatan Ganoderma EMBIO® actinoPLUS sangat berkesan untuk mengawal dan megelakkan kulat Ganoderma daripada merebak. Pokok yang sudah dijangkiti memerlukan rawatan susulan untuk kembali pulih. EMBIO® actinoPLUS sangat sesuai untuk pokok Sawit yang dijangkiti Ganoderma pada Indeks Jangkitan Penyakit (DSI) Tahap 1 dan 2.
PRODUCT SPECIFICATION
METHOD OF USE & USAGE RECOMMENDATION
Peringkat Anak Benih (Usia anak benih 3, 6 dan 9 bulan)
Kuantiti Penggunaan |
50g setiap kali rawatan |
Kaedah Penggunaan |
actinoPLUS diletakkan di dalam polybeg |
Kekerapan Penggunaan |
|
Peringkat Anak Pokok (Usia anak pokok 10 hingga 12 bulan)
Kuantiti Penggunaan |
250g (1) kali rawatan |
Kaedah Penggunaan |
actinoPLUS diletakkan di dalam lubang tanaman ketika menanam anak pokok |
Kekerapan Penggunaan |
|
Peringkat Sawit Pra-Matang (Usia pokok 1 hingga 4 tahun)
Kuantiti Penggunaan |
300g (1) kali rawatan |
Kaedah Penggunaan |
actinoPLUS diletakkan di dalam lubang dan dikambus (kedalaman 4 inci) dengan jarak 1 kaki dari pangkal pokok |
Kekerapan Penggunaan |
|
Peringkat Sawit Matang (Usia pokok 5 tahun ke atas)
Kuantiti Penggunaan |
300g (1) kali rawatan |
Kaedah Penggunaan |
actinoPLUS diletakkan di dalam lubang dan dikambus (kedalaman 4 inci) dengan jarak 1 kaki dari pangkal pokok |
Kekerapan Penggunaan |
|
SAFETY DIRECTION
Produk ini merupakan sebatian berbentuk serbuk. Gunakan peralatan dan aksesori keselamatan yang bersesuaian bagi mengelakkan kecederaan. Produk ini merengsa, jangan tertelan atau termakan. Elakkan tersedut atau terkena sentuhan pada mata dan kulit.
#rawatanganoderma
#racunganoderma
#kulatsawit
#bajasawit
#bajasawitterbaik
#bajasawitmurah